Kiriman pada: Tue, Feb 16th, 2016

Kenaikkan Saman Bukan Langkah Cerdik Kurangkan Kematian Di Jalan Raya

Kongsi maklumat ini
Tags

ops warta saman tertunggakBeberapa hari lepas ramai pemandu yang tidak setuju dengan tindakkan PDRM untuk menaikkan kadar saman atas alasan kecewa dengan sikap pemandu – pemandu di Malaysia. Sekali lagi PDRM dapat tamparan hebat dari rakyat Malaysia atas kenyataan yang kurang cerdik pihak tersebut.

Seperti mana yang kita tahu, kenderaan tidak akan bergerak tanpa pemandu, sepatutnya pihak PDRM membuat kajian mendalam terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan yang memburukkan nama PDRM. RM300 bagi sesetengah pihak bukan satu angka yang besar kerana zaman sekarang ini, ramai menggunakan khidmat orang dalam, atau pun bayar melalui rakan – rakan polis berbanding bayar di kaunter. Daripada RM300 pemandu hanya perlu membayar RM150 sahaja dengan menggunakan ‘orang dalam’.

Kenaikkan kadar saman seolah – olah sama seperti kenaikkan harga tol, walaupun ramai yang marah, tetapi kereta tetap penuh di atas jalan raya, jalan tetap sesak walaupun harga tol naik, begitu juga dengan saman, kenaikkan hanya dirasa sementara sahaja.

PDRM perlu memfokuskan kepada sikap pemandu di atas jalan raya mengikut kategori kenderaan. Kenderaan berat di ketatkan lagi waktu berada di atas jalanraya utama, waktu penggunaa mereka dihadkan, buat para penunggang motosikal PDRM perlu tegas untuk mereka menggunakan jalan khas buat penunggang motosikal mahupun laluan di tepi bahagian jalan, pantau keselamatan laluan buat penunggang motosikal, risiko diwaktu malam mahupun siang, buat pemandu kereta pula, banyakkan kereta polis peronda di atas jalan raya, kerana laju mana pemanduan mereka, bila nampak kereta polis mesti mereka memerlahankan kenderaan mereka.

Perlaksanaan Ops Selamat sudah tidak rasional buat masa sekarang, ketegasan PDRM diperlukan bukan saman buat pemandu. Jadi PDRM boleh membuat kajian berkenaan sikap pemandu, simpan kertas saman anda, kematian tidak dapat dikurangkan dengan hanya sekadar sekeping saman. Tapi sikap pemandu serta sesetengah anggota polis perlu diubah.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.