Kiriman pada: Thu, Jul 30th, 2015

Kenapa ALLAH Sebut Mati Dahulu Baru Hidup?

Kongsi maklumat ini
Tags

dtjdtHidup atau mati tidak dapat dipilih tapi ramai yang berusaha elak dari mati. Syurga atau neraka dapat dipilih tapi ramai yang tidak hiraukan. Mati adalah pasti dan mesti akan menimpa setiap jiwa yang bergelar makhluk tetapi mati bukanlah sesuatu perkara yang harus ditakuti, ia hanyalah peringatan kepada kita agar dalam hidup kita ini tidak melampaui batas syariat yang telah ditetapkan, agar hati kita ini akan sentiasa dalam keadaan disucikan daripada karat2 yang terhasil dengan sebab tangan kita sendiri.

Kenapa ALLAH menyebutkan mati dahulu sebelum menyebut hidup? Kerana asal makhluk ini adalah tiada iaitu mati. Kita pernah menempuh kematian sekali dan sedang menjalani kehidupan sekarang ini tetapi, kita akan mati untuk kali terakhir dan akan dihidupkan untuk kali terakhir.

ALLAH menyebutkan mati dahulu baru hidup kerana kita ini asalnya dahulu tiada(mati), kemudian diadakan oleh ALLAH(hidup). Sila rujuk surah al-Baqarah ayat 28 yang bermaksud: “Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) ALLAH padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian DIA menghidupkan kamu; setelah itu DIA mematikan kamu, kemudian DIA menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNYA (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

Realiti hidup sekarang ramai yang nak masuk syurga. “Its a funny thing, when everyone say they want to get into heaven but to die..they afraid..just wondering the fact is..” Dan sebahagian dari kita disini bercakap soal mati tetapi adakah kita sudah bersedia untuk mati?

Kita tidak boleh lari dari kematian kerana ini adalah kekuasaan ALLAH SWT yang menghidupkan dan mematikan seluruh makhluk-NYA

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.