Kiriman pada: Wed, Dec 23rd, 2015

Kenapa Kalau Kerajaan Nak Haram Vape Mesti Kecoh?

Kongsi maklumat ini
Tags

RAx-99VESusulan pengharaman vape oleh Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, dari pemerhatian menunjukkan semacam tidak nampak ada ‘kekecohan’ berlaku di media sosial jika dibandingkan dengan perkara yang sama ingin dilakukan oleh kerajaan.

Apa yang ingin dipersoalkan seolah-olah apa yang diputuskan oleh kerajaan seperti tiada asas sedangkan jika dilihat kembali keputusan itu sebenarnya adalah selari dengan Majlis Fatwa, lebih-lebih lagi dari segi kesihatan. Apakah kerajaan dilihat tidak pernah ambik peduli tentang kesihatan rakyat Malaysia?

Barangkali inilah permainan persepsi oleh entiti anti-kerajaan yang sentiasa mahu melihat kerajaan adalah sentiasa tidak betul. Apa sahaja keputusan yang dibuat kerajaan adalah menzalimi rakyat menurut kamus politik mereka.

Sudah tentu pandangan kerajaan dalam isu vape sebelum ini adalah berdasarkan kajian serta pandangan cerdik pandai agama. Pastinya ada sahaja pihak yang menyalah tafsir lalu memberi penyampaian yang salah kepada rakyat.

Apapun semua harus melihat keputusan yang diambil sebagai satu langkah pencegahan untuk sesuatu yang lebih buruk mungkin bakal berlaku. Demi kesejahteraan rakyat adalah lebih baik kita berfikiran secara positif.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.