Kiriman pada: Fri, Mar 6th, 2015

Kenyataan Balas Berhubung Tuduhan Face Booker Terhadap BTN

Kongsi maklumat ini
Tags

279619_10150362863606632_3607694_oKuala Lumpur 5 Mach – Merujuk kepada tuduhan yang dibuat oleh saudara Aziz Muda di dalam face book beliau pada 3 Mac 2015, pada para 5 di mana beliau menulis bahawa BTN mencetak buku-buku 1Malaysia dan banyak buku-buku lain yang akhirnya membazir dan cuma dalam simpanan BTN semata-mata untuk membantu kewangan sahabat-sahabat ABIM beliau termasuk mencetaknya di pencetakan milik IKD yang dikuasai oleh Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen PAS daripada Tumpat.

Pihak BTN hari ini telah mengeluarkan kenyataan bagi menjawab tomahan tersebut dengan menjelaskan bahawa urusan menerbit dan mencetak buku-buku yang berkaitan dengan Gagasan 1Malaysia, Patriotisme dan Ketatanegaraan telah dikendalikan oleh Bahagian Penyelidikan dan Penerbitan (sebelum tahun 2013 dikenali sebagai Bahagian Penerbitan dan Publisiti). Bermula tahun 2011 sehingga kini, BTN telah menerbitkan (terbitan Akademi Kenegaraan) dan mencetak sebanyak 7 siri buku termasuk Buku Kecil (Booklet) 1Malaysia iaitu;

1. Buku Kecil (Booklet) 1Malaysia dicetak oleh Pencetakan Nasional Berhad (Edisi Pertama) dan Gigawise Network Sdn Bhd (Edisi Kedua)
2. Buku Budaya Ilmu dan Gagasan 1Malaysia (Pelbagai Bahasa)
2.1 Buku Budaya Ilmu dan Gagasan 1Malaysia (Bahasa Melayu) dicetak oleh Pencetakan Mesbah Sdn Bhd (Edisi Pertama dan Kedua) dan Arial Communications Sdn Bhd (Edisi Ketiga)
2.2 Buku Budaya Ilmu dan Gagasan 1Malaysia (Bahasa Inggeris) dicetak oleh Frontline Printers Sdn Bhd (Edisi Pertama) dan Gigawise Network Sdn Bhd (Edisi Kedua)
2.3 Buku Budaya Ilmu dan Gagasan 1Malaysia (Bahasa Mandarin) dicetak oleh PST Enterprise Sdn Bhd (Edisi Pertama)
2.4 Buku Budaya Ilmu dan Gagasan 1Malaysia (Bahasa Arab) dicetak oleh Pencetakan Mesbah Sdn Bhd
3. Buku Pengamalan Budaya Ketepatan Dalam Gagasan 1Malaysia : Transformasi Ke Arah Pembentukan Negara Maju dicetak oleh Pencetakan Nur Niaga Sdn Bhd (Edisi Pertama)
4. Buku Gagasan 1Malaysia : Kreativiti & Inovasi Dalam Pembinaan Peradaban dicetak oleh MPH Group Printing (M) Sdn Bhd (Edisi Pertama)
5. Buku Pemikiran dan Pembinaan Tamadun : Transformasi Modal Insan Ke Arah Negara Maju dicetak oleh Pencetakan Mesbah Sdn Bhd (Edisi Pertama)
6. Buku 1Malaysia : Kepelbagaian Dimensi dicetak oleh Percetakan Salam Sdn Bhd (Edisi Pertama) ; dan
7. Buku Patriotisme & Ketatanegaraan dicetak oleh Arial Communications Sdn Bhd

Pihak BTN juga menjelaskan bahawa proses pemilihan syarikat pencetakan dibuat secara tawaran sebut harga di mana syarikat yang menawarkan harga yang berpatutan dipilih oleh jawatankuasa sebut harga mengikut tatacara pengurusan sebut harga dan tidak melibatkan Ketua Pengarah BTN.

Pemeriksaan pihak Audit JPM pada tahun 2014 berpuas hati dengan proses pengurusan penerbitan dan pencetakan buku-buku berkenaan. Pihak Audit berpandangan penerbitan buku mengenai patriotisme dan Gagasan 1Malaysia oleh BTN adalah langkah yang baik bagi meningkatkan pemahaman peserta serta memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia seterusnya dapat membantu BTN mencapai objektif, misi dan visinya.

Kesemua buku-buku terbitan BTN selama ini digunakan sebagai cenderahati kepada penceramah program-program khas BTN dan bahan edaran kepada peserta-peserta kursus/seminar terutamanya yang dianjurkan kepada penjawat awam, pekerja swasta, guru-guru, pensyarah dan mahasiswa/i dari dalam dan luar negara. Justeru tuduhan mengatakan BTN menyimpan buku-buku berkenaan adalah tidak benar sama sekali.

Selain itu, tindakan melihat dan mempersoalkan jumlah peruntukan kewangan berbanding pengukuhan semangat patriotik adalah tidak wajar kerana rasa cinta dan pengorbanan kepada negara tidak boleh dibentuk dalam tempoh yang singkat. Malahan ianya juga tidak boleh diukur dengan wang ringgit yang dibelanjakan.

Kenyataan media telah di buat oleh Che manis Hamzah, Pengarah (bahagian Penyelidikan dan Penerbitan) Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.