Kiriman pada: Thu, Mar 12th, 2015

Kenyataan Interim Dan Maklumat Faktual Penyiasatan MH370 Bertaraf Antarabangsa Dan Berintegriti

Kongsi maklumat ini
Tags

TINJAUAN KEHILANGAN MH370Kuala Lumpur – Kenyataan interim dan maklumat faktual mengenai penyiasatan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 adalah bertaraf antarabangsa dan berintegriti, kata bekas Ketua Juruterbang MAS Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain.

Laporan yang dikeluarkan oleh Malaysian ICAO Annex 13 Safety Investigation Team for MH370 pada Ahad lepas dibuat dengan teliti dan telus.

Ia membutirkan rekod persiapan bagi penerbangan itu, komunikasi antara kokpit dengan kawalan lalu lintas udara, laluan penerbangan berdasarkan data satelit, kru dan kargo penerbangan malang berkenaan.

“Dengan penglibatan tujuh negara di bawah Pertubuhan Penyiasatan Kemalangan dan Insiden Udara melibatkan Malaysia, China, Australia, Perancis, Singapura, Indonesia dan Amerika Syarikat, laporan itu adalah bagus, cara kerja yang teliti serta telus,” katanya.

Ia disokong dengan penglibatan pihak Boeing selaku pembuat pesawat Boeing 777-200ER, didaftarkan 9M-MRO itu menguatkan lagi katelusan laporan yang dikeluarkan oleh pasukan penyiasatan keselamatan berkenaan.

“Penyiasatan yang dibuat amat teratur berdasarkan perundangan antarabangsa, dari segi struktur laporan pula ia amat teliti iaitu melibatkan temu bual lebih 120 orang dari pelbagai peringkat termasuk Jabatan Penerbangan Awam sendiri sehinggalah ke penerima konsain,” katanya.

Beliau berkata maklumat faktual laporan tersebut adalah mengenai perkembangan siasatan pesawat itu sehingga 7 Mac lalu dan ia berdasarkan fakta dikumpul sepanjang siasatan boleh dipercayai serta tidak memperlihatkan aspek lain seperti muslihat mahupun rekaan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.