Kiriman pada: Sat, Jan 23rd, 2016

Kepimpinan UMNO Kedah Lebih Selesa Tidak Beri Kenyataan Selepas Jumpa PM

Kongsi maklumat ini
Tags

cghBarisan kepimpinan UMNO Kedah yang membuat pertemuan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib petang tadi lebih selesa untuk tidak memberi sebarang kenyataan berkaitan intipati pertemuan tersebut.

Pertemuan dianggarkan berlaku selama kurang sejam dengan Perdana Menteri itu berkait rapat dengan situasi semasa politik di Kedah. Pertemuan dibuat secara tertutup dan keadaan terkawal tanpa sebarang kekecohan.

Difahamkan Datuk Seri Najib meninggalkan PWTC kira-kira jam 5.20 petang. Seterusnya diikuti oleh beberapa pemimpin UMNO Kedah. Walau bagaimanapun tiada sebarang kenyataan dapat direkodkan.

Sementara itu menurut sumber-sumber, pertemuan yang dijalankan berjalan dengan lancar. Apapun tunggu dan lihat sahaja apa yang berlaku sehari dua nanti.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.