Kiriman pada: Sun, Aug 2nd, 2015

Keputusan PM Tidak Akan Sebabkan Perpecahan Dalam Umno

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLINKuantan – Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan rombakan kabinet pada Selasa lepas, tidak akan menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan anggota UMNO.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata ini kerana anggota parti itu terdiri daripada mereka yang mementingkan perpaduan dan akan menghormati keputusan dibuat Najib selaku Presiden UMNO.

Selain itu, beliau berkata keputusan tersebut sudah tentu dilakukan perdana menteri dengan tujuan memperkasakan parti dalam menghadapi senario politik yang semakin mencabar pada masa kini.

“Saya percaya anggota UMNO akan beri sokongan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan. Tidak semua sebab keputusan (yang dibuat) dapat dikongsi tetapi saya percaya keputusan dibuat itu adalah terbaik.

“Masa mencabar seperti inilah, kita perlu bersatu demi keutuhan parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita UMNO Bahagian Paya Besar di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata beliau menghormati keputusan Najib menentukan barisan kabinet baharu dalam mengukuhkan lagi pentadbiran dan pengurusan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Langkah itu, katanya penting untuk mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada parti dan setiap anggota juga perlu memainkan peranan masing-masing untuk menangani persepsi negatif terhadap UMNO.

Selain itu, Rosnah juga menyifatkan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin berjiwa besar kerana memberi jaminan akan terus bersama parti meskipun tidak lagi bergelar Timbalan Perdana Menteri.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.