Kiriman pada: Tue, Mar 3rd, 2015

Keputusan SPM 2014 Catat Penurunan, Namun Masih Atasi Gred Purata Nasional

Kongsi maklumat ini
Tags

SPMKuala Lumpur – Pencapaian keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 di sekolah-sekolah seluruh negara yang diumumkan hari ini, menunjukkan penurunan namun ia masih mengatasi Gred Purata Nasional (GPN) yang ditetapkan pada 5.08.

GPN ialah indeks yang diguna untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara iaitu jika semakin kecil nilainya menunjukkan pencapaian lebih baik.

Di KUALA LUMPUR, Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datin Nawal Salleh berkata 776 daripada 23,783 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran berbanding 994 daripada 24,483 calon pada 2013.

Di JOHOR, Pengarah Pendidikan negeri Aminudin Adam berkata 1,204 calon memperoleh gred cemerlang A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran berbanding 1,582 pada 2013.

Beliau berkata sebilangan besar daripada mereka mengambil sembilan, 10 atau 11 mata pelajaran.

Di PULAU PINANG, 952 atau 4.36 peratus daripada 21,816 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Datuk Osman Hussain yang turut memaklumkan pencapaian GPN bagi negeri ialah 4.83 berbanding 4.73 tahun sebelumnya.

Di KELANTAN, 314 daripada 34,032 calon mendapat sekurang-kurang A-, dengan lapan daripadanya mendapat gred cemerlang A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pengarah Pendidikan Kelantan Hussain Awang ketika mengumumkan keputusan itu di Kota Baharu berkata pencapaian GPN negeri pula adalah 5.03 berbanding 4.89 pada 2013.

Di SELANGOR, Ketua Sektor Pengurusan Akademik negeri Roziah Buang berkata 2,122 daripada 71,615 calon SPM 2014 memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

Di MELAKA, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Datuk Md Yunos Husin berkata daripada 11,268 calon, 86.3 peratus lulus dan layak memperoleh sijil berbanding 87.3 peratus pada 2013.

Di PERAK, sejumlah 934 daripada 36,762 calon memperoleh A dalam semua mata pelajaran, kata Pengarah Pendidikan negeri Rozi Puteh Ismail yang turut memaklumkan GPN negeri turun kepada 5.20 berbanding 5.01 tahun sebelumnya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.