Kiriman pada: Thu, Jan 21st, 2016

KEPUTUSAN STAM 2015 ANTARA YANG TERBAIK

Kongsi maklumat ini
Tags

dkgPutrajaya – Sejumlah 4,211 atau 67.8 peratus daripada 6,213 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 mendapat sekurang-kurangnya sijil pangkat maqbul (lulus), antara keputusan terbaik sejak diperkenalkan pada tahun 2000.

Pengarah Lembaga Peperiksaan Datin Nawal Salleh berkata keputusan itu meningkat 4.5 peratus atau 388 calon berbanding 3,823 calon pada 2014.

Sejumlah 444 calon memperoleh sijil pangkat mumtaz (cemerlang), meningkat 1.6 peratus atau 113 calon berbanding 331 calon pada tahun sebelumnya, katanya ketika mengumumkan analisis keputusan peperiksaan STAM 2015.

“Secara keseluruhan, pencapaian calon peperiksaan STAM 2015 menunjukkan peningkatan sebanyak 0.12 mata Gred Purata Nasional, iaitu 3.08 mata pada tahun 2015 berbanding 3.20 mata pada tahun 2014,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.