Kiriman pada: Thu, Jan 14th, 2016

KEPUTUSAN STAM 2015 DIUMUM PADA 21 JAN

Kongsi maklumat ini
Tags

dhjfstjPutrajaya – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia , STAM 2015 akan dikeluarkan pada 21 Januari ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 8 ribu 982 calon menduduki peperiksaan itu di 128 pusat peperiksaan .

Calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari keputusan diumumkan.

Manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos dan m ereka juga boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar.

Kementerian juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan STAM melalui sistem pesanan ringkas .

Caranya taip S – T – A – M jarak angka giliran dan hantar ke 15888.

Perkhidmatan mula diaktifkan pada 10 pagi 21 Jan uari dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 27 Januari.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.