Kiriman pada: Mon, Aug 24th, 2015

Kerajaaan Digesa Terus Bantu Pelabur Tempatan Hadapi Persekitaran Ekonomi Mencabar

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDINJohor Bharu – Kerajaan digesa terus membantu syarikat pelabur tempatan menghadapi persekitaran ekonomi yang mencabar dalam keadaan ketidaktentuan ringgit, kata Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata ini bagi memastikan golongan pelabur tempatan kekal dapat bersaing dengan pelabur asing.

“Pelabur asing tidak menghadapi masalah kerana mata wang mereka semakin mengukuh tetapi, bagi pelabur tempatan, kita (kerajaan) perlu membantu supaya kos perniagaan yang tinggi tidak menghalang mereka untuk melabur…jika kita tidak membantu, mereka akan kalah dengan persaingan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Lotte Ube iaitu sebuah kilang getah ‘Polybutadiene’ pertama di Malaysia, di Taman Perindustrian Tanjung Langsat, dekat Pasir Gudang.

Justeru itu, kerajaan negeri Johor mengalu-alukan usaha kerajaan pusat mengkaji kesan ekonomi global dan ketidaktentuan ringgit kepada pelabur tempatan serta prestasi perniagaan semasa, katanya.

Beliau berkata langkah berkenaan diperlukan bagi memastikan pelaburan syarikat tempatan tidak terjejas.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.