Kiriman pada: Sat, Aug 1st, 2015

Kerajaan Ada Rancangan Pulihkan 1MDB, Perlu Masa 6 Bulan

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAKSeremban – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memang mempunyai rancangan untuk mengurangkan beban hutang yang ditanggung 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan memerlukan masa enam bulan untuk memulihkan syarikat itu.

Katanya, beliau telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan mengenai perkara itu dan rancangan untuk memulihkan syarikat itu telahpun berjalan.

“Memang kita ada program untuk kurangkan hutang 1MDB. Dan program itu ‘viable’ (berdaya maju). Kita (kena) bagi masa. Saya kata kita perlukan masa lebih kurang enam bulan.

“Bukan kita kata hari ini mahu selesai hutang, esok boleh selesai, tidak, tapi ada perancangan,” katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Seremban di Paroi.

Najib berkata, beberapa pihak luar turut menyatakan minat untuk melabur dalam projek 1MDB sekaligus mencerminkan aset syarikat itu sememangnya bernilai.

“Semalam saya berjumpa dengan Emir Qatar (Sheikh Tamim Hamad Al-Thani) yang menyatakan minat dan Qatar Investment Authority juga minat untuk melihat aset 1MDB dan berminat untuk membeli tanah di (projek) Bandar Malaysia dan Duta China ke Malaysia turut menyatakan negaranya berminat,” kata Najib.

Dalam pada itu, Perdana Menteri sekali lagi menggesa semua pihak agar menunggu siasatan dan laporan penuh Ketua Audit Negara berhubung masalah yang melanda 1MDB yang akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Katanya, apabila siasatan tersebut selesai nanti, tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang akan dikenakan terhadap sesiapa yang didapati bersalah.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.