Kiriman pada: Fri, Jan 29th, 2016

Kerajaan Akan Pastikan Pengubahsuaian Bajet 2016 Berjalan Lancar

Kongsi maklumat ini
Tags

1Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kerajaan akan memastikan pelaksanaan pengubahsuaian Bajet 2016 yang dibentangkan semalam, dapat berjalan dengan lancar.

Bercakap kepada media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, beliau berkata, kerajaan telah memberi fokus kepada pengubahsuaian Bajet 2016 termasuk langkah-langkah bagi membantu rakyat seperti bantuan beras sebanyak 20 kilogram sebulan kepada golongan miskin tegar serta program MyFarm outlet.

“Perkara ini telah saya jelaskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri tadi bagi membolehkan kita melihat kaedah pelaksanaan langkah-langkah yang telah diumumkan supaya kita dapat menjamin hasil negara dapat bertambah (dan) menampung hasil daripada sektor minyak,” katanya.

Mengulas lanjut, Datuk Seri Najib yang juga Presiden UMNO, berkata pengubahsuaian Bajet 2016 dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) turut menjadi antara perkara dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO petang ini.

Ia berikutan penyertaan Malaysia dalam Perjanjian TPPA yang telah diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara minggu ini, katanya.

“Majlis Tertinggi berharap perkara-perkara yang telah dibincangkan sewaktu perbahasan akan diberi perhatian dari segi pelaksanaan TPPA selepas ratifikasinya dalam tempoh dua tahun supaya tidak timbul permasalahan serta kekecewaan,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.