Kiriman pada: Tue, Jul 14th, 2015

Kerajaan Akan Terus Bantu Gelandangan

Kongsi maklumat ini
Tags

zvBKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus membantu golongan gelandangan di negara ini.

Semalam beliau melawat Pusat Khidmat Sementara Gelandangan di Lorong Medan Tuanku 2, Jalan Sultan Ismail di sini yang berfungsi sebagai pusat perkhidmtaan dan pengedaran makanan bagi mereka yang memerlukan.

Pusat itu juga menyediakan kemudahan seperti tandas dan bilik air serta bilik solat.

“Tempat perlindungan sementara bagi gelandangan dan mereka yang memerlukan, pada bila-bila masa. Kami akan terus membantu dalam kehidupan seharian mereka, ” kata Najib dalam akaun Twitter beliau.

Beliau membalas tweet daripada NRC11-NajibRazakClub @NRC11 yang menyatakan: “Setahun lepas #NajibRazak datang sendiri meninjau isu dapur jalanan. Kini beliau kembali melihat pusat perlindungan yang dijanjikannya.”

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.