Kiriman pada: Fri, Feb 19th, 2016

Kerajaan Akan Tetap Haramkan Ganja

Kongsi maklumat ini
Tags

Ganjer

Biar apa pun hujah berkaitan penggunaan ganja sekarang ini, kerajaan akan tetap mengharamkan ganja di negara ini. Isu ini dilihat menarik perhatian orang muda menyokong jika ada cadangan untuk menghalalkan penggunaan ganja.

Makin hangat isunya apabila menteri yang mewakili belia juga ada mempunyai reaksi akan cadangan tersebut. Kewajaran pengharaman ganja adalah disebabkan oleh banyak kesan negatif kepada penghisapnya.

Apabila disentuh tentang perkara negatif pasal ganja ini tentu sekali ada sahaja hujah-hujah balas yang semahu-mahunya menyangkal kenyataan itu. Katanya, penggunaan ganja akan membuatkan diri berasa tenang ,lebih kreatif dan banyak lagi kesan positif MENURUT pertimbangan mereka.

Masalahnya adalah kebergantungan kepada ganja itu sendiri. Oleh itu jika ada penggunaan ganja sahaja akan membuat diri lebih tenang, lebih kreatif? Sebenarnya sekali sahaja mulai bergantung harap kepada ganja, individu itu akan menjadi hamba kepada ‘bantuan’ ganja itu.

Kerajaan mengambil kira kesan secara keseluruhan, lebih-lebih kepada golongan muda sebagai pewaris negara. Untuk apa kerajaan menggalakkan program berunsur kecergasan dan kecerdasan kepada golongan muda tetapi akhirnya kepada ganja juga mereka bergantung.

Selain soal kebergantungan kepada ganja, ia juga membabitkan isu moral dan sosial. Semua itu jika diambil kira terlalu banyak kesan buruk yang dapat dilihat.

Percayalah, hanya di hadapan sahaja ganja diceritakan baik untuk kesihatan tetapi niat sebenar di belakang lebih kepada unsur hiburan kepada diri sendiri.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.