Kiriman pada: Thu, Jan 21st, 2016

Kerajaan belum putuskan syarat lesen edar rokok

Kongsi maklumat ini
Tags

rokokKUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum memutuskan berhubung cadangan pelaksanaan lesen bagi pengedaran tembakau dan keluaran tembakau termasuk rokok. Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) menegaskan, sebagaimana lazimnya setiap dasar yang akan dilaksanakan oleh kerajaan akan mengambil kira kepentingan pihak-pihak berkaitan. Ia sebagai mengulas bantahan yang telah dibangkitkan oleh enam persatuan berkepentingan dalam isu berkenaan, sebelum ini. “Dalam hal ini, pandangan keenam-enam persatuan itu juga tidak terkecuali. “Kerajaan juga akan meneruskan sesi rundingan bersama pihak-pihak berkepentingan dan berharap agar persatuan berkenaan dapat memberi pandangan bagi kepentingan bersama,” katanya. Enam persatuan itu ialah Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA), Persatuan Pemilik Restoran India Malaysia, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Persekutuan Persatuan Peniaga-Peniaga Barangan Runcit Malaysia, Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia dan Gabungan Persatuan Penjaja-Penjaja Dan Peniaga-Peniaga Kecil Malaysia. MSCSPGA dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia yang mewakili lebih 180,000 peruncit, telah mengemukakan petisyen bersama kepada kerajaan supaya menimbang semula cadangan itu kerana penguatkuasaannya akan memberi kesan kepada banyak perniagaan di negara ini.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.