Kiriman pada: Thu, Jan 28th, 2016

Kerajaan Berjimat Bukan Untuk Susahkan Rakyat

Kongsi maklumat ini
Tags

Langkah pengubahsuaian semula Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan menjimatkan kira-kira RM9 bilion perbelanjaan mengurus dan membangun kerajaan.

Sungguh pun kita melihat langkah-langkah dibuat adalah untuk menjimatkan kerajaan, tetapi kebajikan rakyat sedikit pun tidak diusik malah ditambah baik.

Jangan pula dianggap jimat yang dibuat kerajaan beerti kebajikan kepada rakyat akan berkurangan. Nampak aliran perbelanjaan kerajaan itu akan lebih kepada keperluan rakyat.

Barangkali bajet yang mesra rakyat ini menyebabkan kurangnya ‘meroyan’ pakar-pakar ekonomi media sosial untuk bersuara. Apa tidaknya, Bantuan Rakyat 1 Malaysia tetap ada walaupun kerajaan buat langkah berjimat tetapi bayangkan jika dimansuh?

Sungguh pun kerajaan memberi perhatian lebih kepada rakyat, jangan lupa bahawa pembangunan juga adalah penting untuk rakyat. Hal ini kerana ada sesetengah berpendapat bahawa kebajikan sahaja adalah penting namun tidak melihat pembangunan membawa faedah kepada mereka.

Golongan ini boleh dianggap sebagai orang yang hanya bergantung harap pada kerajaan tetapi tidak bertindak untuk diri sendiri. Beruntung ada kerajaan yang masih prihatin pada rakyat walau terpaksa berjimat. Tetapi harus diingat bukan anda seorang sahaja rakyat Malaysia.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.