Kiriman pada: Sat, Jul 11th, 2015

Kerajaan Cadang Tubuh Sekretariat Bantu Kebajikan Artis Veteran

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK MOHD KHAIRUN ASEHKuala Lumpur – Kerajaan bercadang untuk menubuhkan sebuah sekretariat kecil bagi membantu dan mengelola kebajikan artis veteran di negara ini, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Muhammad Khairun Aseh.

Beliau berkata sekretariat ini adalah cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ingin melihat kebajikan artis veteran dijaga dengan sempurna.

“Saya telah meminta pengerusi Yayasan Artis Veteran Malaysia, Kismah Johar untuk mengemas kini maklumat artis-artis yang bernaung di bawah yayasan ini bagi memudahkan urusan pentadbiran kelak,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama artis veteran.

Turut hadir Kismah Johar dan Presiden Seniman Malaysia Zed Zaidi.

Sementara itu, 30 artis veteran juga turut menerima sumbangan duit raya bagi meringankan beban menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.