Kiriman pada: Tue, Jul 7th, 2015

Kerajaan Jamin Kesejahteraan Rakyat Jadi Keutamaan

Kongsi maklumat ini
Tags

TAN SRI MUHYIDDIN YASSINMuar – Kerajaan tetap memberi jaminan akan mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat walaupun negara menghadapi pelbagai cabaran termasuk ketidaktentuan ekonomi dunia, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata bukan mudah buat pemimpin untuk mentadbir negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, agama dan bahasa namun telah terbukti kerajaan sedia ada mampu melakukan segalanya untuk rakyat.

“Banyak kejayaan yang sudah kita kecapi dan sudah menjadi dasar kerajaan yang ada untuk membantu semua kaum dan golongan.

“Apa yang berlaku di sesetengah negara diharapkan tidak berlaku di negara kita seperti bencana dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Zakat di Surau Saadiah.

Tan Sri Muhyiddin berkata Malaysia tidak terkecuali menerima tempias dalam ketidaktentuan ekonomi dunia kini, namun kerajaan melaksanakan pelbagai usaha bagi meringankan beban rakyat.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.