Kiriman pada: Wed, Aug 5th, 2015

Kerajaan Jamin Terus Melabur Untuk Perluas Rangkaian Pengangkutan Awam

Kongsi maklumat ini
Tags

PM KL SentralKuala Lumpur – Kerajaan memberi jaminan untuk terus melabur bagi memperluas liputan rangkaian pengangkutan awam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menyatakan demikian dalam catatan terbarunya di laman Facebook dan Twitter selepas melakukan tinjauan bagi memahami masalah dialami pengguna pengangkutan awam di KL Sentral.

“Di KL Sentral pengguna maklum mereka sedar usaha kerajaan tingkatkan efisiensi pengangkutan awam tetapi ada ruang untuk ditambah baik.

“Saya menerima baik pendapat semua dan beri jaminan kerajaan akan terus melabur untuk meluaskan liputan rangkaian,” katanya.

Beliau turut memuat naik beberapa gambar semasa di KL Sentral.

Semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) Mei lepas, bagi pengangkutan awam, Najib mengumumkan pembinaan Klang Valley Mass Rapid Transit Laluan Sungai Buloh ke Kajang, Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.