Kiriman pada: Thu, Jan 28th, 2016

KERAJAAN KINI SEDIA HADAPI CABARAN DAN PELUANG MENERUSI PELAKSANAAN TPPA

Kongsi maklumat ini
Tags

image (1)Kuala Lumpur – Kerajaan kini bersiap sedia bagi menghadapi cabaran dan peluang yang akan diperoleh melalui pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang diluluskan sidang khas Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata TPPA yang diluluskan Dewan Rakyat itu telah menjelaskan segala kebimbangan dan kekhuatiran pelbagai pihak.

“Melalui penggulungan, banyak isu termasuk kepentingan Bumiputera telah diperjelaskan, banyak konsesi kerajaan dapat rundingkan dan mengatasi banyak kebimbangan yang wujud dalam kalangan masyarakat termasuk peniaga-peniaga Bumiputera,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen.

Katanya apa yang lebih penting sekarang ialah kerajaan dan rakyat perlu menyiapkan diri bagi bersama-sama menghadapi cabaran dan peluang yang bakal wujud apabila TPPA jadi kenyataan dijangka pada 2018.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yakin TPPA yang ditandatangani tidak akan memberi impak negatif kepada ekonomi rakyat Malaysia termasuk dalam industri pertanian dan perikanan.

“Malah kita perlu bersiap sedia meningkatkan eksport akuakultur kerana menjangkakan lonjakan eksport sektor berkenaan ke negara-negara luar dengan terlaksananya TPPA,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan keputusan Parlimen untuk meluluskan usul itu sebagai satu langkah bersejarah untuk menjadikan negara lebih maju.

Beliau berkata Malaysia tetap berpegang kepada polisi yang meletakkan perdagangan antarabangsa sebagai asas pembangunan negara.

Pendapat itu disokong Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said yang menyifatkan ia sebagai interpretasi bahawa kerajaan bersifat telus dengan memberi kebebasan untuk pembangkang menerima atau menolak TPPA.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Pengerang berkata kelulusan TPPA juga berjaya menyampaikan mesej kerajaan mengenai kepentingan negara dalam menyertai TPPA.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.