Kiriman pada: Mon, Feb 29th, 2016

Kerajaan Lanjutkan Insentif Diskaun 30% bagi Penguna Perkhidmatan Bas Antara Bandar

Kongsi maklumat ini
Tags

prasaKuala Lumpur – Berita baik bagi penguna kenderaan awam bahawa kerajaan akan melanjutkan diskaun 30% bagi pengguna perkhidmatan bas antara bandar bagi laluan dari Rawang, Klang dan Seremban ke Kuala Lumpur mulai 1 Mac 2016 sehingga 31 Disember 2016.

Inisiatif yang diperkenalkan pada 1 September 2015 ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk meringankan kos perjalanan harian bagi pengguna yang menetap di kawasan pinggir bandar dan yang bekerja di pusat bandar Kuala Lumpur.

Disamping itu, diskaun ini juga bertujuan untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam secara lebih meluas dan akan memberi manfaat kepada orang ramai yang memilih pas bulanan bagi perjalanan mereka.

Pengguna yang berminat boleh membeli pas bulanan daripada pengendali pilihan, seperti tertera di jadual yang berikut:
carta

Diskaun ini adalah tertakluk pada terma dan syarat, dan ianya terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang dan bekerja di Kuala Lumpur.

Borang aplikasi boleh dimuat turun melalui www.spad.gov.my. Di samping itu, borang aplikasi juga boleh didapati di kaunter tiket pengendali bas yang yang ditetapkan sepertimana dalam jadual diatas.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.