Kiriman pada: Thu, Aug 20th, 2015

Kerajaan Mahu Hasilkan Komuniti Usahawan Bumiputera Yang Kukuh, Mantap

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKKuala Lumpur – Kerajaan akan terus memperkenal dan melaksana pelbagai program bagi menghasilkan satu kelompok atau kelas usahawan bumiputera yang lebih teguh dan mantap terutama apabila negara mencapai status negara maju pada 2020, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata walaupun pelbagai usaha untuk merealisasikan matlamat itu telah dilaksana dan ada sedikit kejayaannya, namun ia tidak menampakkan kejayaan sepenuhnya terutama dari segi bilangan dan kedudukannya untuk bersaing dalam pasaran.

“Kita telah berjaya selama ini untuk mewujudkan kelas menengah bumiputera, melalui dasar-dasar kerajaan yang telah mencetuskan apa yang disifatkan sebagai ‘social mobility’ iaitu mereka yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan profesional, mereka yang mendapat tempat di institusi pengajian tinggi, yang mendapat kelulusan akademik.

“Namun satu lagi usaha kita ialah untuk mewujudkan satu lagi kelompok dalam komuniti bumiputera iaitu dalam kalangan para usahawan,” katanya semasa berucap melancarkan BAHTERA Bumipreneurs of Tomorrow.

Perdana Menteri berkata dalam ‘langkah terakhir’ sebelum mencapai negara maju, kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk mencapai hasrat itu termasuk mewujudkan badan-badan seperti Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang bertujuan menggariskan usaha-usaha untuk pemerkasaan ekonomi bumiputera.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.