Kiriman pada: Wed, Mar 11th, 2015

Kerajaan Malaysia Menjadikan GRP Sebagai Satu Kunci Utama Kepada AEC

Kongsi maklumat ini
Tags

mustaphamohamedKuala Lumpur – Kerajaan Malaysia menjadikan Amalan Kawal Selia Yang Baik (GRP) sebagai satu kunci utama kepada Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) bagi mencerminkan kepentingan mempunyai pertumpuan kawal selia serantau.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed , meningkatkan proses kecekapan dasar dan kawal selia akan menggalakkan produktiviti dalam kalangan anggota ASEAN.

“Ia sebahagian besarnya akan mengurangkan beban kawal selia ke atas perniagaan dengan meningkatkan kualiti peraturan sedia ada dan memastikan peraturan baharu berkualiti.

“Pelaksanaan GRP adalah sistemik, melibatkan kedua-duanya iaitu penyertaan atas ke bawah dan dari bawah ke atas, dengan penekanan terhadap ketelusan dan akauntabiliti melalui rundingan awam serta penyertaan pihak terlibat dan pemegang kepentingan yang dipengaruhi oleh perubahan, atau pengenalan peraturan dan polisi,” katanya.

Mustapa berucap pada pembukaan Persidangan Amalan Kawal Selia Yang Baik ASEAN-Organisasi bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) 2015, sempena Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini.

Persidangan selama empat hari itu bertujuan mewujudkan persefahaman dalam kalangan anggota ASEAN mengenai peranan penting GRP bagi menggalakkan penyepaduan ekonomi serantau dan global yang lebih erat tanpa diskriminasi.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.