Kiriman pada: Tue, Jan 12th, 2016

Kerajaan Nafi Kakitangan Kontrak Akan Ditamatkan Perkhidmatan Disember Ini

Kongsi maklumat ini
Tags

NXHFMKuala Lumpur – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa menafikan laporan bahawa penjawat awam berstatus kontrak akan ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang Disember tahun ini.

Beliau berkata kerajaan tidak berhasrat untuk menamatkan khidmat kakitangan kontrak tahun ini.

“Berita itu adalah kenyataan palsu dan fitnah daripada individu-individu yang tidak bertanggungjawab dan tidak berautoriti,” katanya dalam kenyataan di sini..

Sebuah portal hari ini melaporkan bahawa kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak tidak akan disambung dan ditamatkan perkhidmatan sepenuhnya bermula Disember ini.

Memetik kenyataan sumber, portal itu berkata maklumat itu diperoleh daripada satu mesyuarat awal pagi Isnin.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.