Kiriman pada: Tue, Jan 12th, 2016

Kerajaan nafi tamatkan khidmat kakitangan kontrak

Kongsi maklumat ini
Tags

pelsu_copy.transformedPUTRAJAYA: Kerajaan tidak berhasrat menamatkan khidmat kakitangan kontrak dalam perkhidmatan pada Disember tahun ini seperti didakwa dalam laporan disiarkan sebuah portal berita. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata dakwaan itu disebarkan oleh mereka yang tidak berwibawa dan tidak bertanggungjawab. “Berita itu adalah kenyataan palsu dan fitnah daripada individu yang tidak bertanggung jawab dan tidak berautoriti,” katanya di sini, sebentar tadi. Sebelum ini, sebuah portal berita menyiarkan dakwaan kononnya kakitangan awam berstatus kontrak tidak akan disambung perkhidmatan dan akan ditamatkan sepenuhnya pada Disember 2016. Berita berkenaan yang memetik sumber seorang kakitangan awam yang mendakwa mendapat maklumat itu daripada satu mesyuarat yang dihadiri.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.