Kiriman pada: Tue, Jan 12th, 2016

Kerajaan Negeri Perlis Tidak Bercadang Lulus Lesen Jualan Vape

Kongsi maklumat ini
Tags

sjPerlis – Kerajaan negeri Perlis tidak bercadang meluluskan lesen jualan vape. Namun, keputusan untuk mengharamkan penggunaannya di Perlis masih lagi belum dibuat kata putus.

Kerajaan negeri masih lagi menunggu maklumat daripada kerajaan pusat sebelum membuat sebarang keputusan muktamad dalam isu ini.

Namun menurut Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man, kerajaan negeri mendapat nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang melarang penjualan vape.

Pengharaman vape mungkin akan dibuat jika kesan buruk penggunaannya dapat dikenal pasti.

Bagaimanapun, tiada sebarang penguatkuasaan akan dibuat.

Beliau ditemui pihak media selepas menyerahkan batuan Pencen Penakat dan Ilat PERKESO kepada empat penerima di Kangar.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.