Kiriman pada: Tue, Jul 14th, 2015

Kerajaan Pahang Salur Bantuan Komoditi Pertanian Berjumlah Lebih RM10 Juta

Kongsi maklumat ini
Tags

dfbdnKuantan – Kerajaan Pahang menyalurkan bantuan komoditi pertanian berjumlah RM10,213,047.99 kepada usahawan tani seluruh negeri ini yang terjejas akibat banjir awal tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM2,282,388.29 diagihkan kepada usahawan tani komoditi padi, sayuran (RM501,039), buah-buahan (RM829,035.70), akuakultur (RM1,029,045), ternakan (RM5,513,540) dan industri asas tani (RM58,000).

“Pemberian bantuan ihsan ini bukti kerajaan Barisan Nasional prihatin dengan nasib yang menimpa para usahawan tani ketika ditimpa bencana banjir pada awal tahun ini.

“Diharapkan dengan bantuan yang diberi oleh kerajaan dapat mengurangkan beban dan kerugian yang ditanggung oleh para usahawan dalam musibah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian wang ihsan Tabung Bantuan Bencana Agromakanan kepada 417 usahawan tani yang terlibat di daerah Kuantan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.