Kiriman pada: Mon, Jan 18th, 2016

Kerajaan Pastikan Pengubahsuaian Bajet 2016 Memberi Impak Positif

Kongsi maklumat ini
Tags

najibFB-bajetbaruKuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bakal membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Januari ini, dengan mengambil kira senario ekonomi semasa supaya lebih realistik dengan cabaran pada tahun ini.

Menerusi kiriman di Facebook beliau malam tadi, beliau menyatakan proses perundingan kini sedang dijalankan dengan pelbagai pihak termasuk ahli ekonomi dan ketua industri.
Katanya lagi, dalam masa terdekat beliau juga akan berjumpa kumpulan yang mewakili pengguna serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memastikan proses perundingan dapat dijalankan secara menyeluruh.

PM berkata, usaha itu adalah sebahagian daripada langkah proaktif kerajaan dalam memastikan kepentingan ekonomi dan rakyat terus terjamin.
Pelbagai pihak setuju pengubahsuaian bajet berkenaan berikutan kejatuhan mendadak harga minyak dunia selain kelembapan ekonomi dunia.

Kerajaan akan memastikan pengubahsuaian Bajet 2016 memberi kesan positif kepada pasaran dan rakyat dalam menangani cabaran ekonomi semasa.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.