Kiriman pada: Tue, Mar 3rd, 2015

Kerajaan Peluas Program B10 Kepada Sektor Lain

Kongsi maklumat ini
Tags

ekonomiKuala Lumpur – Kerajaan akan meneroka kemungkinan Program B10, yang akan dilaksanakan di seluruh negara, diperluas kepada sektor lain seperti industri dan penjanaan tenaga.

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas , program itu melibatkan pengadunan 10 peratus metil ester sawit dengan 90 peratus bahana api fosil diesel.

“Pelaksanaan sepenuhnya Program B10 dalam jangka panjang akan menggunakan 1.2 juta tan minyak kelapa sawit setahun.

“Ia juga akan menyumbang kepada penggunaan sumber mesra alam dan berkekalan untuk tenaga,” katanya dalam ucapan pada Persidangan Minyak Sawit dan Laurik 2015.

Ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Himmat Singh.

Malaysia akan terus melaksanakan langkah-langkah meningkatkan penggunaan minyak sawit di peringkat domestik selain mengurangkan stok.

Kerajaan melaksanakan program biobahan api sejak 2011, bermula dengan B5.

“Sejak itu, kita meningkatkan program itu kepada B7, yang telah dilaksanakan secara menyeluruh di Semenanjung Malaysia sejak November 2014.

“Pada masa ini kami sedang meneroka kemungkinan melaksanakan program B10 di seluruh negara, katanya.

Persidangan tiga hari yang bermula semalam anjuran Bursa Malaysia, bertema ‘Dagangan, Lindung Nilai dan Mendahului Pasaran’.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.