Kiriman pada: Mon, Jan 25th, 2016

Kerajaan Perkenal Modul Pemulihan Untuk Pengganas

Kongsi maklumat ini
Tags

Kerajaan memperkenalkan satu modul pemulihan bersepadu bagi memberi peluang kedua kepada individu yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, model tersebut bakal memberi peluang kepada individu terlibat menjalani kehidupan seperti biasa selepas mereka dibebaskan.

“Mereka yang ditangkap di bawah akta POTA masih boleh dipertimbangkan untuk dibebaskan sekiranya pihak berkuasa berpuas hati dan mendapati mereka tidak lagi menjadi ancaman negara.

“Untuk itu, Malaysia telah menghasilkan modul pemulihan yang meliputi semua aspek seperti kemahiran bersosial, pengurusan diri, semangat jati diri, pengurusan kewangan dan psikologi,” katanya pada majlis Persidangan Antarabangsa Mengenai Deradikalisasi dan Memerangi Ekstremisme Keganasan 2016 (IDC 2016) di sini tadi.

Persidangan tersebut turut disertai semua menteri ASEAN dan sembilan menteri negara rakan strategik iaitu Amerika Syarikat, Perancis, Australia, United Kingdom, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun, China dan Itali.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.