Kiriman pada: Sat, Aug 22nd, 2015

Kerajaan Pusat Lulus RM8 Juta Projek Tebatan Cegah Banjir Hospital Raja Perempuan Zainab II

Kongsi maklumat ini
Tags

unnamed (2)Kota Bharu – Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM8 juta bagi pembinaan projek tebatan banjir untuk mengatasi masalah banjir di kawasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata projek itu penting bagi mengelakkan perkhidmatan di hospital berkenaan terjejas apabila berlaku banjir seperti Disember tahun lepas.

“Saya ambil maklum hospital ini terletak dalam kawasan banjir, oleh itu cadangan untuk membina “flood mitigation gates” amat wajar dan patut diberi pertimbangan, dengan kos RM8 juta, boleh saya luluskan dalam majlis ini,” katanya ketika berucap merasmikan Kompleks Rawatan Harian dan Hemodialisis HRPZII.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga sedia menimbangkan cadangan membina Kompleks Ibu dan Kanak-Kanak di hospital berkenaan berdasarkan kemampuan kerajaan memandangkan kosnya agak besar.

Cadangan projek tebatan banjir dan Kompleks Ibu dan Kanak-Kanak itu dikemukakan Subramaniam semasa berucap pada majlis berkenaan.

Perdana Menteri berkata kerajaan pusat berlaku adil kepada semua negeri dan rakyat Malaysia dengan memperkenalkan pelbagai program bagi menyediakan perkhidmatan perubatan terbaik kepada rakyat.

Kompleks setinggi lima tingkat melibatkan kos RM177.8 juta yang dirasmikan Najib hari ini dilengkapi 82 bilik perundingan, ruang kerja dan ruang menunggu yang lebih luas untuk pesakit serta enam dewan bedah.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.