Kiriman pada: Wed, Feb 1st, 2017

Kerajaan Salur Bantuan Selepas Banjir Tamat

Kongsi maklumat ini
Tags

Pekan – Bantuan untuk mangsa banjir akan disalurkan selepas bencana berkenaan tamat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, bantuan seperti wang ehsan itu akan diperhalusi kerana kerajaan kini memberi fokus kepada usaha membantu mangsa banjir dengan menyediakan makanan serta kemudahan lain di pusat pemindahan sementara.

“Kita tengok dahulu, kita mempunyai kesulitan kerana ada yang menganggap mangsa banjir tetapi tidak bertindak dan tidak berdaftar, apabila tidak daftar sukar hendak kita bagi bantuan wang ehsan.

“Kita juga hendak tengok keadaan dahulu sebab tempoh ini perlu tengok keadaan cuaca dahulu, ” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Institut Kemajuan Belia Negara (IKBN) di Paloh Hinai, dekat sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.