Kiriman pada: Sat, Jan 14th, 2017

Kerajaan Semak Semula Undang-undang Berkaitan Siber Untuk Rangsang Ekonomi

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Semua undang-undang berkaitan siber di Malaysia sedang disemak semula dan diteliti secara lebih menyeluruh ke arah membangunkan ekonomi Internet di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata bagi mewujudkan persekitaran ekonomi Internet yang mampan, pengguna sendiri mesti mempunyai keyakinan terhadap rangkaian.

Malah kata Salleh, Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 telah disemak semula sejak 18 bulan lepas dengan tujuan menambah baik persekitaran dalam talian.

“Antara pertimbangan yang dibuat semasa semakan semula ialah keperluan membangunkan platform saling beroperasi dan pembolehan bagi meningkatkan jumlah transaksi digital dan memanfaatkan data sebagai sumber. Platform sedemikian termasuk sistem pembayaran, pengesahan identiti, perkhidmatan awan dan analisis data besar

“Semakan semula juga mengambil kira keperluan meningkatkan keselamatan dan membangunkan kepercayaan lebih baik dalam rangkaian sedia ada memandangkan lebih banyak transaksi akan mengundang lebih banyak risiko,” katanya dalam blog beliau.

Mengenai status semasa AKM 1998, Salleh berkata semakan semula telah siap dan pindaan yang dicadang akan dibentangkan dalam masa terdekat selepas kajian semula semua undang-undang berkaitan selesai.

“Pada awalnya pindaan-pindaan tersebut sepatutnya dibentangkan setahun lalu, namun memandangkan undang-undang lain juga sedang disemak semula dan undang-undang baharu akan diperkenal, terutama dalam bidang keselamatan siber, pindaan AKM 1998 ditangguhkan agar semua dapat diteliti secara kolektif,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.