Kiriman pada: Mon, Jan 11th, 2016

Kerajaan sokong transformasi Parlimen

Kongsi maklumat ini
Tags

ZAHID HAMIDI / CSPOC / KOTA KINABALUKOTA KINABALU: Kerajaan menyokong penuh transformasi Parlimen dan akan terus menjalinkan hubungan harmoni menerusi pendekatan baharu ke arah mengukuhkan institusi berkenaan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, hubungan lebih seimbang antara badan perundangan dan eksekutif membolehkan sistem demokrasi berparlimen berfungsi secara lebih berkesan. Katanya, ia adalah resipi penting bagi mewujudkan pentadbiran yang baik dan berkembang ke arah sistem demokrasi yang matang. “Hubungan lebih seimbang antara badan perundangan dan eksekutif akan mewujudkan sistem demokrasi berparlimen yang lebih berkesan,” katanya berucap merasmikan Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Komanwel Ke-23 (CSPOC 2016), di sini, sebentar tadi. Yang turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN), Datuk Syed Abas Syed Ali. CSPOC 2016 yang berlangsung di Bangunan DUN Sabah di sini, dihadiri kira-kira 300 delegasi termasuk 50 Speaker dari 49 negara Komanwel. Ahmad Zahid berkata, pemisahan kuasa antara badan perundangan, kehakiman dan eksekutif adalah jelas, khususnya berdasarkan persetujuan Panduan Dewan Latimer oleh ketua negara Komanwel. Katanya, perkara asas digariskan di bawah panduan berkenaan memastikan Parlimen dapat mengurus hal ehwal institusinya dan menyediakan fungsi penyeliaan tanpa diganggu badan eksekutif. “Pendekatan baharu mengukuhkan Parlimen perlu dikenal pasti tanpa dibatasi perbezaan politik dengan meletakkan keperluan dan aspirasi rakyat sebagai keutamaan,” katanya. Timbalan Perdana Menteri berkata, tugas mempertahankan demokrasi bukan hanya terletak di bahu badan eksekutif, malah turut memerlukan kerjasama Parlimen. “Ia turut membuka peluang kepada badan Parlimen memperbaharui keyakinan dalam prinsip asas Komanwel,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.