Kiriman pada: Mon, Mar 2nd, 2015

Kerajaan Tambah Baik Konsep PPP

Kongsi maklumat ini
Tags

pppKuala Lumpur – Kerajaan akan menambah baik konsep perkongsian awam-swasta (PPP) dan dana fasilitasi bagi Rancangan Malaysia Ke-11 untuk menjadikannya lebih berkesan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Menurut Abdul Wahid , PPP merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan modal dan menyampaikan perkhidmatan awam yang berkualiti tinggi, dan kerajaan mahu mengkaji semula dan menjadikan dana fasilitasi lebih berkesan.

“Dana fasilitasi, yang ditawarkan dalam bentuk geran, akan ditukar kepada bentuk sub-ekuiti (konsep),” kata Abdul Wahid di luar Sidang Kemuncak Pengarah Antarabangsa (IDS) 2015.

Beliau berkata dana fasilitasi itu ketika ini diberikan bagi projek-projek berimpak tinggi.

“Setakat ini, kita telah meluluskan RM11.2 bilion.

Terdahulu, dalam ucaptamanya, menteri itu berkata antara tahun 1983 dan akhir 2014, sejumlah 698 projek PPP dalam pelbagai sektor ekonomi telah diluluskan.

Abdul Wahid berkata PPP telah membolehkan rakyat Malaysia menikmati kemudahan dan infrastruktur.

RMK-11, yang akan diumumkan pada Mei 2015, akan menggabungkan pendekatan baharu dikenali sebagai Pembangunan Nasional Malaysia, yang memberi penekanan kepada penggunaan sumber terhad yang optimum, katanya.

IDS 2015 selama dua hari itu merupakan anjuran bersama Razak School of Government dan Akademi Pengarah Malaysia dengan tema, ‘Memupuk Inovasi, Memacu Pertumbuhan melalui Perkongsian Awam-Swasta’.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.