Kiriman pada: Tue, Dec 22nd, 2015

Kerajaan Tangani Ancaman Untuk Timbulkan Ketegangan Dalam Masyarakat

Kongsi maklumat ini
Tags

cyberjayaCyberjaya – Kerajaan sedang mengambil langkah perlu untuk menangani ancaman serius untuk menimbulkan ketegangan dan panik dalam masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

“Rakyat perlu percaya kepada usaha kerajaan bagi menangani setiap ancaman yang serius daripada pihak yang sengaja mahu mencetuskan ketegangan dan panik di kalangan rakyat.

“Kami hanya mahu memastikan keamanan dan kedaulatan negara, dan sebab itulah kami memerlukan anda semua menyokong kami dan mengamalkan toleransi untuk menunjukkan kepada dunia bagaimana kukuh dan harmoni kita di Malaysia,” kata beliau.

Ketika berucap pada sambutan Hari Toleransi Antarabangsa 2015 di Universiti Limkokwing di sini Isnin, Kurup berkata rakyat Malaysia perlu terus mengamalkan kesederhanaan, mempunyai tahap toleransi yang tinggi dan mencari titik persamaan tanpa menghakis harga diri orang lain.

Beliau juga menggesa rakyat Malaysia supaya meraikan Hari Toleransi Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 16 Nov setiap tahun, untuk membantu memahami tentang pentingnya toleransi.

Beliau berkata ini akan menjadi peringatan untuk meningkatkan pemahaman orang ramai tentang bahaya sikap tidak bertoleransi, selain bertujuan memupuk rasa hormat.

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) telah mengisytiharkan 16 Nov sebagai Hari Toleransi Antarabangsa pada 1995 sebagai hari untuk memupuk kesedaran orang ramai mengenai bahaya sikap tidak bertoleransi.

Pada majlis itu, Kurup juga melancarkan lagu rasmi Hari Toleransi Antarabangsa 2015, dikenali ‘Unity’ yang digubah oleh Akademi Seni Muzik dan Bunyi Universiti Limkokwing.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.