Kiriman pada: Sun, Jul 26th, 2015

Kerajaan Tetap Kawal, Pantau Penyebaran Maklumat Di Internet

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI AHMAD SHABERY CHEEKKemaman – Kerajaan akan tetap mengawal dan memantau penyebaran maklumat di internet bagi memastikan ia tidak menjejas keharmonian dan kemakmuran negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata maklumat di internet tidak boleh disekat kerana ia tetap akan tersebar dengan mudah dan pantas dari pelbagai rangkaian dan jaringan sedia ada dan apa yang boleh kerajaan lakukan adalah mengawalnya sepertimana dilakukan terhadap portal berita The Sarawak Report.

“Ciri internet ini tidak boleh disekat, data yang tersebar seperti air sungai yang tetap mengalir, kalau kita sekat di sini ia akan mengalir ikut aliran lain pula,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan hari raya Anggota Dewan Undangan Negeri Kijal Datuk Seri Ahmad Said di Teluk Kalong.

Ahmad Shabery berkata kerajaan bagaimanapun boleh mengawal penyebaran maklumat yang tidak betul dan yang boleh menjejas kestabilan politik dan keamanan negara.

Beliau berkata misalnya China telah awal-awal lagi menyekat rangkaian media sosial sebelum ia menjadi satu keperluan utama rakyat negara itu untuk berhubung manakala Britain yang lantang memperjuangkan hak kebebasan bersuara juga sedang mengkaji untuk menyekat WhatsApp.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.