Kiriman pada: Sun, Aug 9th, 2015

Kerajaan Tiada Perancangan Laksana Tambatan Ringgit

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI AHMAD HUSNI HANADZLAHTanjong Karang – Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk melaksanakan tambatan ringgit berbanding dolar AS bagi menangani penyusutannya, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata kerajaan menjangka ringgit akan stabil berdasarkan hakikat asas ekonomi Malaysia yang kekal kukuh.

“Saya fikir (ringgit) akan stabil berdasarkan semua kajian kami,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang.

Ahmad Husni berkata demikian ketika diminta mengulas saranan pihak tertentu supaya ringgit ditambat untuk menangani penyusutan nilai berikutan harga minyak jatuh di bawah paras US$50 setong.

Beliau berkata pergerakan harga minyak yang dilihat sekarang sebahagian besarnya daripada pengukuhan dolar yang turut mempengaruhi mata wang serantau seperti dolar Singapura dan rupiah Indonesia.

Mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Ahmad Husni berkata pelan rasionalisasi dana strategik itu berjalan dengan baik dan masalah aliran tunainya dijangka selesai pada akhir tahun.

“Kita beri tumpuan kepada pelan rasionalisasi, dan lihat kepada kepentingan negara. Kita mahu 1MDB (menjadi) sangat sihat,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.