Kiriman pada: Wed, Aug 26th, 2015

Kerajaan tidak akan sekat komunikasi pada perhimpunan Bersih 4.0

Kongsi maklumat ini
Tags

Biasiswa-8897KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said berkata tidak timbul isu sekatan terhadap komunikasi dan internet pada perhimpunan Bersih 4.0 yang dijangka diadakan pada 29 Ogos ini.

Bagaimanapun, pihaknya akan memantau rapi laman web dan blog berhubung perhimpunan itu nanti.

“Di pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), kami akan memantau blog-blog dan laman web yang memuat naik maklumat atau perkembangan mengenai Bersih 4.0,” katanya.

Ditanya pemberita sama ada “jamming tower” atau menara sekatan gelombang komunikasi akan diletakkan untuk menyekat isyarat telefon serta data internet semasa perhimpunan itu, katanya isu itu tidak berbangkit.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berharap tidak ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku semasa perhimpunan Bersih 4.0 yang dijadual berlangsung pada 29 dan 30 September ini.

Tambah Khairy, beliau juga tidak mahu mana-mana pihak terutama golongan muda melanggar undang-undang yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Saya harap bahawa tidak ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku … untuk pasukan keselamatan dapat menjalankan tugas mereka bagi menjaga keamanan Kuala Lumpur pada dua hari berkenaan.

“Saya harap bahawa tidak ada mana-mana pihak terutamanya orang muda yang akan melanggar apa sahaja undang-undang ataupun ketetapan yang telah pun diletakkan oleh polis dan juga DBKL (Dewan Bandara Kuala Lumpur),” jelas Khairy pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara XMT Technologies dengan 3Roam dan Damm Cellular Systems di sini, hari ini.

Polis pada Selasa mengkategorikan Bersih 4.0 sebagai perhimpunan haram susulan kegagalan pihak penganjur memperoleh kebenaran daripada pemilik premis untuk tujuan menggunakan lokasi bagi perhimpunan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
DBKL turut menolak permohonan penganjur untuk menggunakan Dataran Merdeka dan Padang Merbok kerana lokasi itu sedang digunakan bagi persiapan sambutan Hari Merdeka.

DBKL mencadangkan agar perhimpunan Bersih 4.0 diadakan pada hujung minggu selepas sambutan hari kemerdekaan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.