Kiriman pada: Tue, Nov 17th, 2015

Kerajaan Tidak Pernah Cadang Naikkan Kadar GST Tahun Depan

Kongsi maklumat ini
Tags

GSTKuala Lumpur – Kerajaan tidak pernah bercadang untuk menaikkan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) walaupun harga minyak dijangka turun di bawah USD48 setong, tahun depan.

Malah, tegas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, kerajaan juga tidak pernah berbincang mengenai langkah menaikkan GST berkenaan.

Jelasnya, walaupun andaian mengenai harga minyak boleh dibuat, namun perkara itu tidak akan diketahui bagi jangka masa panjang.

“Ada kajian mengatakan pada tahun 2020 harga minyak akan naik mencecah USD50 hingga USD60 setong…tetapi ia bergantung kepada negara-negara OPEC (Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum) yang bermesyuarat enam bulan sekali.

“Apa yang berlaku sekarang adalah permintaan terhadap minyak berkurangan berbanding pengeluaran. Kalau (OPEC) buat keputusan mengurangkan pengeluaran minyak, mungkin harga minyak akan naik.

“Tapi sekarang (andaian) berbentuk spekulasi, tiada siapa yang tahu (tempoh tepat harga minyak akan naik atau turun).

“Malah, dalam kerajaan kita tidak pernah berbincang untuk menaikkan GST,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 bagi kementerian itu, di Dewan Rakyat.

Ahmad Husni berkata demikian bagi menjawab celahan Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang meminta penjelasan sama ada kerajaan akan menaikkan kadar GST jika harga minyak turun di bawah paras USD48 setong, tahun depan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.