Kiriman pada: Fri, Aug 14th, 2015

Kerajaan Usaha Tangani Keadaan Yang Telah Menjejaskan Ringgit

Kongsi maklumat ini
Tags

bnsfhKuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa kerajaan akan cuba sedaya upaya untuk menangani keadaan yang menyebabkan penyusutan ringgit bagi menstabilkan ekonomi negara.

Dalam blognya www.najibrazak.com, beliau berkata Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan kejatuhan nilai mata wang ringgit berbanding dolar Amerika serta menghuraikan beberapa faktor yang menyebabkan ia berlaku termasuk spekulasi politik yang keterlaluan.

Antara penyebab kejatuhan ringgit ialah tindakan kerajaan China menurunkan mata wang Yuan, sekali gus menyebabkan kejatuhan mata wang negara ASEAN yang lain.

Selain itu, PM juga turut mengaitkan kejatuhan tersebut dengan penurunan harga komoditi seperti minyak, minyak sawit dan getah secara mendadak, lebih-lebih lagi kerana Malaysia merupakan pengeluar komoditi-komoditi tersebut.

Namun, walaupun berdepan dengan faktor luaran dan cabaran dalaman termasuk lakaran negatif oleh pihak tertentu terhadap keadaan ekonomi negara, katanya Bank Negara Malaysia dalam laporannya hari ini menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi tetap berada pada landasan yang stabil dengan mencatatkan kadar pertumbuhan sebanyak 4.9 peratus pada suku kedua 2015.

Sementara itu, ringgit ditutup pada paras 4.0080/0130 berbanding dolar pada pukul 5 petang tadi berbanding 4.0375/0415 semalam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.