Kiriman pada: Wed, Nov 23rd, 2016

Kerana Maria Chin, Mahathir Sanggup Tunduk Ke Barat

Kongsi maklumat ini
Tags

kerananmariaDengan tidak semena-mena Mahathir menjadi pesimpati kepada nasib aktivis Bersih Maria Chin yang suatu ketika dahulu pernah digelarkan sebagai kaldai jalanan kerana mengepalai perhimpunan haram Bersih, dan jika dilihat sejarah perhimpunan haram ini selain dari meraikan kemenangan DAP pada tahun 1996 sahingga berlakunya rusuhan kaum 13 Mei, himpunan Reformasi dan Bersih.

Himpunan haram reformasi berlaku selepas Anwar Ibrahim di pecat dari kerajaan dan parti UMNO dan berlarutan sekian lama walaupun di ketika Anwar telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjarasa, kemudiannya berlakulah rusuhan kecil-kecilan hingga timbulnya gerakan perhimpunan bersih yang dikepalai oleh Ambiga dan kemudiannya diambil alih oleh Maria Chin.

Kesan perhimpunan bersih ini adalah lanjutan dari perhimpunan reformasi yang ujud ketika era pimpinan Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO ketika itu dan penyakit berhimpun cara haram ini berlanjutan sahingga kepada kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Mengapa dengan tidak semena-mena Mahathir boleh jatuh simpati kepada Maria Chin tidak lah diketahui sama ada ianya iklas dari hari atau ada perancangan dalam diam Mahathir untuk mengunakan ‘kaldai-kaldai’ belaan Maria ( istilah yang Mahathir sendiri ucapkan) bagi melaksanakan misi Mahathir menjatuhkan Dato’ Seri Najib, mengambil alih kuasa dan seterusnya merialisikan impiannya ia ini meneruskan kekayaan kroni dan anak beranak.

Kerana Dato’ Seri Najib kini telah menjadi tembok besar penghalang kerakusan Mahathir dan kroni untuk mengaut kekayaan negara, lihat sahaja keluarga Mahathir siapa diantara mereka yang hidup seperti rakyat biasa-biasa selain berbanglo dan memiliki kenderaan mewah yang bernilai jutaan ringgit, sedangkan kaldai-kaldai penyokongnya hanya duduk di rumah PPR yang disediakan oleh kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib.

Adakah kerana Maria Chin ini mendapat sokongan dari NED (National Endowment For Democracy) yang menjadikan Mahathir begitu teruja dengan sokongan itu yang akan menjadi jalan pintas untuk meletakkan diri dan keluarga kembali berkuasa, malah pernah dikhabarkan bahawa anak perempuan Mahahtir turut terlibat dengan Maria dalam menjayakan fahaman yang pro LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

Mesti ada sesuatu yang ada pada Maria Chin yang membuat Mahathir bertukar haluan dari membenci kepada menjadi penyokong dan pengampu kepada Maria yang cukup di bencinya dahalu, maka pihak berkuasa perlu melihat kedudukan Mahathir ketika ini, adakah mahathir sudah mula condong kearah menjadi barua kepada barat yang berselindung disebalik slogan ‘Kuasa Rakyat’.

Jaka dahulu ‘kaldai-kaldai’ Mahahtir sering menunding kepada Anwar Ibrahim yang kononnya berkiblatkan Barat kini mereka menelan dengan tenang kahak yang diluahkan dahulu apabila Mahathir sendiri sudah mula condong ke Barat dari memandang ke Timur.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.