Kiriman pada: Fri, Jan 29th, 2016

Kereta Uber, Teksi Bertelagah SPAD Menjadi Mangsa

Kongsi maklumat ini
Tags

File illustration picture showing the logo of car-sharing service app Uber on a smartphone next to the picture of an official German taxi signFitnahMengapa perkhidmatan kereta Uber menjadi isu hangat diantara pengguna kenderaan awam pada masa kini, malahan ianya turut melibatkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang di tuduh sebagai lemah untuk bertidak terhadap pegendali kenderaan persendirian yang dijadikan ‘teksi’.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga pernah di katakan memberi sokogan terhadap gerakan kereta Uber ini, malah ada yang menuduh pegawai SPAD juga terlibat dengan operasi kereta haram ini.

Ramai yang tahu bahawa kereta Uber adalah sebuah perkhidmatan menyewa kenderaan untuk kesesuatu tempat yang berfungsi seperti teksi, sejarah kereta Uber yang berasal dari San Francisco, California, yang menciptakan aplikasi bergerak yang menghubungkan antara pengguna dan juga pemandu kereta tersebut.

Diantara sebab mengapa kereta Uber ini mendapat sambutan terutama di sekitar bandaraya seperti Kuala Lumpur ini adalah kerana mutu perkidmatan yang mereka berikan dan sentiasa mengutamakan penyewa agar selesa selama mereka berada didalam kereta Uber tersebut terutama dengan layanan dari pemandu Uber.

Perkara ini di akui ramai penguna kenderaan awam terutama penguna teksi, malah kereta Uber dikatakan lebih selesa berbanding dengan teksi dalam bandar yang kebanyakkannya telah uzur dan sempit, sedangkan kereta Uber kebanyakkannya mengunakan kenderaan separa mewah dan mewah, mengikut keperluan dan permintaan.

Sebenarnya SPAD tidak pernah terlibat dengan aktiviti yang di jalankan oleh kereta Uber ini, malahan SPAD kini sedang berusaha untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu kereta Uber kerana melanggar Seksyen 225 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010,disamping SPAD juga sedang merangka kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam usaha membendung penambahan pemandu Uber di Malaysia.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) juga kini sedang meneliti dan mengkaji sebelum mengusulkan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk dibawa ke Jabatan Peguam Negara bagi mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk diusulkan dalam pembentangan sidang Parlimen, bagi membolehkan mereka mengambil tindakan ke atas pengendali aplikasi yang menawarkan perkhidmatan kereta Uber ini.

Jadi tidak timbul isu bahawa SPAD terlibat dengan aktiviti kereta Uber ini dan menurut dari sumber SPAD menyatakan bahawa tindakan telah pun diambil kepada lebih 144 kenderaan (97 Grabcar, 43 Uber, 3 Easy Taxy dan 1 dari Black Lane) sejak Oktober tahun lalu, berikutan dengan itu, lebih 100 buah kenderaan telah disita dan selebihnya masih di dalam siasatan.

Malah pemandu kereta persendirian yang menawarkan perkhidmatan Uber tidak akan dibenarkan memperbaharui cukai jalan untuk kenderaan mereka sekiranya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dapat mengesan aktiviti mereka.

Ketika melayari internet untuk mencari bahan rujukan, penulis terjumpa dengan petikan video yang memaparkan perbandingan diantara perkhidmatan teksi dan kereta Uber yang mana ceritanya berkisar disekitar mutu perkhidmatan dan layanan pemandu terhadap penumpang mereka.

Mungkin juga ada kebenaran jika dilihat pada tayangan video tersebut jika di bandingkan dengan aduan-aduan yang diterima oleh bahagian Penguatkuasa SPAD, yang sering menerima laporan akan perkhidmatan teksi yang tidak memuaskan selain kelakuan pemandu yang sangat tidak mesra pelanggan selain mengenakan tambang yang tidak masuk akal.

Dengan ujudnya kereta Uber ini telah memberi tekanan kepada pengusaha dan pemandu teksi agar memperbaiki mutu perkhidmatan mereka dan bukannya menjadi lintah darat kepada penguna serta menyalahkan SPAD jika tindakkan diambil terhadap mereka.

Sementara perkhidmatan kereta Uber pula walau sebagus mana pun perkhidmatan yang mereka berikan, tindakan mereka tetap menyalahi undang-undang kerana beroperasi tidak mengunakan permit dan lesen pengendali pegangkutan awam dan boleh di dakwa dibawah Seksyen 16, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, yang jika disabit kesalahan boleh di denda sahingga maksima RM100,000.

Fikir-fikirkan perkhidmatan cemerlang adalah pilhan penguna, mereka membayar untuk mendapatkan perlidmatan dan mutu yang memuaskan dan bukan tangkap muat.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.