Kiriman pada: Mon, Aug 24th, 2015

Kerja roboh Kampung Melayu Mutiara ditangguh selepas berunding

Kongsi maklumat ini
Tags

bantahana.transformedBatu Ferringhi: Seramai 66 keluarga di Kampung Mutiara, di sini, menarik nafas lega apabila kerja perobohan rumah mereka ditangguhkan sehingga ke tarikh yang ditetapkan kelak.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, selepas rundingan bersama peguam dan pemilik tanah di Balai Polis Batu Ferringhi pada jam 10 pagi tadi.

Ahmad berkata, notis perobohan berjaya ditangguhkan sekurang-kurangnya sehingga tempoh lima bulan bagi memberi laluan kepada rundingan di antara pemilik tanah dan kerajaan Pusat.

Katanya, Kerajaan Pusat menerusi beberapa agensi seperti UDA dan KHAZANAH bersedia untuk membeli 3.5 ekar tanah terbabit sekiranya pemilik tanah menjualnya pada harga berpatutan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.