Kiriman pada: Wed, Mar 18th, 2015

Kerjasama Angkatan Udara Dalam Negara ASEAN Diperkukuh Bagi Hadapi Ancaman Global

Kongsi maklumat ini
Tags

Datuk-Seri-Hishamuddin-HusseinLangkawi – Malaysia mahu kerjasama angkatan udara dalam kalangan negara ASEAN diperkukuh untuk menghadapi ancaman global yang kompleks, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata dengan kerjasama yang lebih erat, negara anggota akan mampu meningkatkan keyakinan mereka di dalam meningkatkan langkah membina keyakinan, berkongsi maklumat, kepakaran dalam bidang tertentu dan kegiatan teknologi.

“Saya menyeru negara anggota (ASEAN) untuk bersama tanpa rasa gentar dan menyertai ke arah perkongsian dan kerjasama yang menyeluruh,” kata beliau semasa merasmikan Persidangan Panglima Tentera Udara di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri.

Bertemakan “Transformasi Angkatan Udara Dalam Perspektif ASEAN”, persidangan itu merupakan sebahagian daripada program Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA’15) yang bermula semalam dan berakhir Sabtu.

Hishammuddin berkata negara anggota ASEAN perlu terus terlibat di dalam dialog, membandingkan amalan terbaik, latihan dua hala dan pelbagai pihak.

Beliau berkata selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia akan memperjuangkan inisiatif rantau ini untuk menjadi blok serantau yang moden dan amat penting.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.