Kiriman pada: Mon, Jan 11th, 2016

Kerjasama PUNB-JUMP Perkasakan Usaha Lahirkan Usahawan Muda

Kongsi maklumat ini
Tags

zahidjumpMelaka – Sebuah jawatankuasa khas kerjasama antara Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Jelajah Usahawan Malaysia Pakar (JUMP) akan ditubuhkan bagi mencapai sasaran mewujudkan sekurang-kurangnya 10,000 usahawan muda menjelang 2020.

Pengerusi PUNB Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata jawatankuasa dipengerusikan anggota Lembaga Pengarah PUNB Datuk Jamilah Bakar itu akan disertai pegawai PUNB dan JUMP untuk mencapai sasaran melahirkan 2,000 usahawan muda tahun ini.

“Kami menyokong penuh cadangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menubuhkan jawatankuasa khas kabinet bagi membantu menangani masalah serta melahirkan banyak usahawan,” katanya dalam satu kenyataan.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid sebelum ini berkata kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet bagi membantu menangani masalah selain melahirkan ramai usahawan muda agar sasaran mewujudkan sekurang-kurangnya 10,000 usahawan muda menjelang 2020 tercapai.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.