Kiriman pada: Wed, Jul 22nd, 2015

Kes 1MDB – Pengarah Urusan Syarikat Direman 5 Hari

Kongsi maklumat ini
Tags

22pengarah.transformedPutrajaya – Seorang pengarah urusan syarikat bergelar ‘Datuk’, direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perintah reman terhadap lelaki berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Lau Eric di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, hari ini.

Lelaki berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Semalam, Mahkamah Majistret Putrajaya turut mengeluarkan perintah reman empat hari kepada seorang pengarah sebuah syarikat swasta bagi membantu siasatan kes 1MDB.

Suspek berumur 39 tahun itu, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin oleh Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB.

Sebelum ini, Peguam Negara, Abdul Tan Sri Abdul Gani Patail; Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed mengumumkan pembentukan Pasukan Petugas Khas itu untuk menyiasat isu berhubung 1MDB.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.