Kiriman pada: Tue, Dec 20th, 2016

Kes bunuh Kevin Morais – Jel 2 Tahun

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Tertuduh kedua dalam kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah menyembunyikan mayat dan kereta mangsa.

Hakim Azian Othman memerintahkan G Gunasekaran, 48, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh ditangkap pada 15 September tahun lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Gunasekaran didakwa membantu menyembunyikan mayat dan menghapuskan kenderaan bernombor plat WA 6264Q dengan niat untuk mengelak enam tertuduh lagi iaitu S Ravi Chandaran, 45, S Nimalan, 23, A Thinesh Kumar, 26, M Vishwanath, 26, R Dinishwaran, 24, dan pakar patalogi, Kolonel Dr K Kunaseegaran, 53, daripada seksaan undang-undang.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu dari Jalan Dutamas 1, di sini, ke ladang kelapa sawit Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Hilir Perak, Perak, antara jam 7 pagi pada 4 September 2015 hingga jam 2 pagi keesokannya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.