Kiriman pada: Tue, Feb 21st, 2017

Kes Jong-Nam: STAFOC Kawal ISPN HKL

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Sepasukan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman dilihat hadir di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL), dipercayai untuk memantau keselamatan, awal pagi tadi.

Lebih 10 pegawai dan anggota pasukan itu yang lengkap dengan uniform gerakan dan bersenjata memasuki pekarangan IPFN dengan menaiki empat buah kenderaan pacuan empat roda, kira-kira jam 1.40 pagi.

Terdahulu, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, yang diketuai Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, dilihat memasuki IPFN.

Kehadiran mereka jelas menarik perhatian kira-kira 50 pengamal media dari dalam dan luar negara yang masih menunggu di pekarangan ISPN sejak siang tadi.

Pihak media menjangkakan Kim Han-sol iaitu anak lelaki kepada Kim Jong-nam akan ke ISPN untuk proses mengecam dan menuntut mayat bapanya.

Beliau dikatakan tiba di negara ini awal malam tadi dari Macau untuk tujuan itu. Bagaimanapun, setakat jam 3 pagi tadi, Han-sol, 21, masih belum muncul di ISPN.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.